Bentuk Muka Bumi Sepanjang Aliran Sungai
Sistem sungai dibahagikan kepada peringkat hulu , peringkat tengah , dan peringkat hilir . Peringkat hulu sungai terletak di kawasan pergunungan . Oleh itu , sungai di peringkat hulu mempunyai kuasa menghakis yang giat . Bentuk muka bumi di peringkat ini termasuk jeram , air terjun , dan gaung . Bentuk muka bumi di peringkat tengah termasuk susuh bukit berpanca dan liku sungai . Bentuk muka bumi di peringkat hilir ialah liku sungai yang besar tasik ladam , dataran banjir , tetambak , dan delta .