Pola Saliran

Sistem saliran terdiri daripada aliran sungai utama dan beberapa cawangannya . Kawasan yang disaliri oleh sungai utama dan cawangannya dinamakan lembangan sungai . Cara cawangan sungai dan sungai utama dijalin antara satu sama lain dikenal sebagai pola saliran . Terdapat beberapa pola saliran , iaitu pola jejala , jejari , gegelang , selari , setumpu , dan reranting . 






            
Pola saliran reranting
·        Berbentuk seperti ranting pokok
·        Cawangan-cawangan sungai bercantum dengan sungai utama pada sudut kurang dari sudut tepat
·        Terdapat di kawasan yang mempunyai batuan yang sama kekerasan
·        Contoh:Sungai Kelantan,Sungai Baram,Sungai Rajang,Sungai Pahang

Pola saliran jejala

·        Terdapat di kawasan yang mempunyai lapisan batuan keras dan batuan lembut secara berselang-seli
·        Anak-anak sungai mengalir dan menghakis lapisan batuan lembut
·        Cawangan-cawangan sungai memasuki sungai utama pada sudut tepat , iaitu 90
·        Contoh:Sungai Perak

Pola saliran selari

·        Cawangan-cawangan sungai dan sungai utama mengalir secara selari atau hampir selari antara satu sama lain
·        Terdapat di cerun curam
·        Contoh:Sungai Kinabatangan


Pola saliran jejari
·        Berbentuk seperti jejari roda
·        Cawangan-cawangan sungai mengalir turun menghala ke semua arah dari kemuncak sebuah bukit atau gunung
·        Cawangan-cawangan sungai bercantum dengan sungai utama di kawasan rendah
·        Contoh:Tasik Toba,Indonesia,Sungai-sungai di Gunung Kinabalu



Pola saliran setumpu
·        Terbentuk apabila sungai mengalur masuk ke kawasan paya atau tasik
·        Terdapat di kawasan tanah rendah
·        Contoh:Sungai-sungai di Tasik Bera,Pahang


Pola saliran gegelang

·      Cawangan-cawangan sungai mengalur menurun dari puncak gunung dan bercantum dengan sungai utama di kawasan tanah rendah
·      Anak-anak sungai yang baru pula akan memasuki cawangan-cawangan sungai