Tanah Pamah

Kawasan tanah pamah di negara kita terdiri daripada lembangan sungai , delta , dan dataran pantai . Lembangan sungai adalah kawasan yang disaliri oleh sebatang sungai serta cawangan-cawangannya . Kawasan tanah pamah adalah kawasan yang kurang daripada 180 meter tingginya di lembah sungai yang disempadani oleh kawasan tanah tinggi . Dataran adalah kawasan rendah yang lebih luas , biasanya rata, dan kurang daripada 15 meter . Kesimpulannya , dataran adalah sempit karana banjaran gunung manganjur berhampiran dengan pantai . Kawasan tanah pamah dan dataran yang ditimbuni dengan tanih aluvium yang subur sesuai untuk kegiatan pertanian .  

Kepentingan Kawasan Tanah Pamah dan Dataran di Malaysia

  • Kawasan perlombongan
          Kaya dengan sumber mineral seperti biji timah . Contohnya: Kuala Lumpur dan Lembah Kinta .

  • Kawasan tumpuan jalan kereta api dan jalan raya
          Kos pembinaan yang lebih murah . Contohnya: Tumpat , Kuala Lumpur , dan Johor Bahru .

  • Kawasan pertanian
          a)  Penanaman padi
               
               Terdapat tanih aluvium yang subur . Contohnya: Dataran Kedah-Perlis , Dataran Kelantan ,                                                    
               Delta Rajang .
   
           b) Penanaman getah dan kelapa sawit
               
               Kawasan yang bertanih laterit dan bersaliran baik . Contohnya: Dataran Johor .
  • Tapak perindustrian       
          Contohnya: Lembah Klang , Perai , Sandakan , Bintulu , Likas .
  • Tumpuan penduduk dan petempatan
           Kebanyakan kegiatan ekonomi tertumpu di tanah pamah . Contohnya: Sekitar Kula Lumpur , Ipoh , Johor Bahru , Kuching , Kota Kinabalu .